Jodoh, Ajal & Maut, Rezeki

Bismillah… Assalamualaikum!

Baru seminggu aku mula kerja kat tempat baru, Alhamdulillah setakat ni semuanya ok.. Ramai yang tanya aku, kau ni kejap kerja sini.. kejap tukar kerja sana. Hmmm… Itulah namanya rezeki.. Sebenarnya aku ni bukan la jenis suka2 tukar kerja.. Setiap kali aku berhenti, mesti ada rezeki lain datang. Tapi kali ni, sbnrnya aku nak sambg study aku, tup tup dpt offer kerja pulak. Maka terbantut la niat aku tadi tu. InshAllah bila da ok sikit, aku mybe amik partime study je kot…

Itu lah namanya REZEKI kan? Setiap org ada rezeki masing2, Cuma kita je tak tahu rezeki kita kat mana and bila. Yg penting kita tak boleh la putus asa and mengharap semata2 kan. Contohnya, kalau kita lapar kita kena lah masak nasik, kalau kita tak berusaha untuk masak nasik. Mcm mane kita nak kenyang. Takkan la nasik tu nak turun dari langit pulokk.. Haaa.. pandai nye aku ni. Kehkeh..

Mcm tu la jgk JODOH, Allah dah tentukan 4 perkara ni sejak azali lagi. Kita je tak tahu kan. Mcm aku ni, aku dah berkawan dgn Ajen hampir 5 tahun dah.. tapi kat pertengahan jalan, AJAL menjemputnya dulu sebelum aku.. Itulah MAUT yg bila2 je akan jemput kita. MAUT tak pernah tunggu kita. Owhh i miss him :'(

"Bukan jodoh kita, kita boleh merancang… tp Allah shj yg boleh tentukannya…"

Aku setuju sgt ayat tu, betul la.. aku mmg dah terlalu byk merancang.. bila bnde mcm ni jadi. Aku jadi x menentu.. semua rancangan, angan2 akan terkubur mcm tu je.. Hebatkan kuasa Allah ni...

Skrg…. Aku taknak terlalu merancang.. Kalau ada Jodoh untuk aku.. Kalau ianya terbaik yg Allah hadiahkan untuk apa yg aku lalui selama ni.. Aku redha. Aku akan serahkan semua ketentuan hidup aku pada Allah… *nagis*

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."

Sesungguhnya aturan takdir Allah S.W.T itu sangat cantik dan sempurna hingga ke akhir hayat hambanya. Semuanya telah ditentukan dengan begitu indah dan penuh hikmah.


InshAllah :)

Thanks sudi bace!

6 comments:

  1. ayeem sebagai lelaki ingin mengomen:

    mengingati kekasih yang telah pergi itu bagus. menunjukkan myza seorang yang setia. tapi, mungkin akan menyebabkan lelaki lain takut nak masuk line. apa perasaan bakal suami myza tu nanti kalau tengok myza asyik merindui arwah. yang pergi biarkan pergi. ternyata arwah bukanlah jodoh myza. tahu, hati dan perasaan tak boleh dikawal kan, tapi sekurang2nya elok disorokkan perasaan tu. maaf kalau komen ini buat myza terasa hati ke apa. hanya memberi pendapat sebagai seorang rakan dan seorang lelaki. because i care

    ReplyDelete
  2. setiap perancanganNYA ada hikmah yg tersembunyi buat myza, dan selalu beringat yg Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang :)

    yes, Ajen was the best, but who knows, maybe the one for you is better than him?? :)

    aku sentiasa kagum dgn kekuatan myza utk harungi cabaran yg telah myza lalui. aku sebagai kawan hanya mampu mendoakan yg terbaik buatmu :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. HUHU... TU LAH YG I TUNGGU2.. ADAKAH PASANGAN KITA SEKARANG ADALAH JODOH KITA.. XTAHU NAK CAKAP CMANE BILA ORG TYE BILA LAGI.. KWN2 YG LAIN DH BERANAK PINAK.. ADE JUGAK PERASAAN JELES TAPI TU LA ORG TUA2 CAKAP SERU LOM SAMPAI..

    ReplyDelete
  5. saya kagum dengan ketabahan awak...
    saya juga pernah kehilangan seseorang.. tapi kini saya sudah ada pengganti.. mulanya sukar untuk sy sayangi dia sepenuh hati.. takut saya akan sedih "GILA" sekali lagi..
    saya baru sahaja buka blog ini.. agak terlewat.. sy masih mengenang si dia yang dulu.. tapi kini sy berusaha utk menyanyangi sepenuh hati si dia yang kini.. kita akan terus mengingati si dia yang dulu.. kerana dia adalah kenangan.. jgn kerana kenangan kita terus hidup tanpa harapan.. sy tidak pernah luahkan betapa sedihnya saya kehilangan dia.. kerana sy tiada kekuatan seperti awak.. sy harap awak blh move on.. menerima seorang yg baru.. bukanlah beerti kita mengkhianatinya.. ALLAH sudah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..

    ReplyDelete
  6. saya kagum akan ketabahan awak...
    maaf sy terlewat mendapat link ini.. sedang gelak ketawa membaca blog ayeemayam sy terjumpa link gadis cantik ini..

    sy pernah merasai kehilangan seperti awak... mujur.. ada yang sudi mengubati hati ini.. sy akui sukar untuk menerima seorang yg baru yg kita anggap pengganti.. bg saya, sy takut untuk menyayangi lagi.. pedih kehilangan itu sukar utk pulih.. namun berilah peluang hati awak utk diisi kasih dr org yg sudi.. ALLAH merancang yg lebih baik utk awak.. menerima seorang yg lain tidak bermaksud kita khianati atau melupakan si dia... kita hanya meneruskan sisa hidup ini.. sy harap awak dpt temui bahagia.. sesungguhnya kita harus redha akan qada' dan qadar hidup kita... semua yang berlaku ada hikmahnya.. sy mendoakan agar awak bahagia... carilah bahagia itu.. jgn terus hidup dlm kenangan.. bila masih ada harapan yang menanti..

    ReplyDelete