December 26, 2011

Baby On Board 2

Assalamualaikum!

Wahhh bestnya bila dah keluar dari perut ni.. Dah 9 bulan kita duduk dalam perut Mama kita tu.. hehe.. Kalau kita tahu best mcm ni kita keluar awal sikit. hehe.. Ni dah hujung tahun baru kita nak keluar...

Cerita nya macam ni..

25/12/2011 : 7 pagi
Kita ingat nak keluarlah hari ni. Kita pun kick2 perut mama kita. Kita rolling2.. kita shuffle2 sikit sampai la pukul 2pm. Kita ubah fikiran. Taknak la keluar hari ni, sebab hari ni kan krismas.. Taknak lah ada kaitan dgn krismas ni.. So, kita ingat keluar esok je lah. Hehe..

26/12/2011 : 1 pagi
Pukul 1 pagi kita start jalankan plan kita. Kita tendang2 lagi kuat perut mama, kita carik pintu keluar tapi tak jumpa. Kita cuba2 sampai kita tertidur. Pukul 4 pagi tu kita pun terjaga, kita tendang2 lagi perut mama. Kita tak kira, kita nak keluar jugak! Mama sakit, Papa pun bawak mama pergi hospital cepat2..

26/12/2011 : 1.40 petang
Nak dekat 10jam mama dalam dewan bersalin, baru lah mama boleh keluarkan kita... Kita tak sure la 10 jam ke apa, kita kan budak lagi mana kita pandai kira. hehe.. Lepas tu kita dengar ada suara garau2 kat telinga kita, Allahu Akbar...Allahu Akbar.. Owhhh kita biasa dgr ni.. Maybe ni la org yg selalu bagi salam kt kita masa dalam perut tu... Eh ni lah Papa kan?!

Lepas tu, kita jumpa macam2 orang.. Semua dok peluk cium kita. Kita dah la tak mandi lagi ni.. Kita dgr org tu sume cakap muka kita comel la, putih melepak la.. kita sedar lah kita ensem, diorang ni puji depan2 pulak.. hek hek >_<

Tak lama lepas tu, ada org tu dukung kita, dalam samar2 kita nampak lah muka dia. Comelnya orang ni.. Pandai dia dukung kita. Dia cium2 kita, dia usap2 rambut kita.. Manja betul dia tu.. Rupanya tulah Enda kita! *ehem ehem*

Lahir jugak kita.. yg pntg mama kita selamat. Kesian kt mama, sakit2 sebab nak keluarkan kita. Kita janji, kita nak jadi anak yg soleh.. kita nak  balas jasa mama & papa kita. Kita nak balas jasa and pengorbanan diorang utk kita. Utk abang kita, lepas ni boleh kita main game sama kan? Abang jgn buli kita tau!

Oklah, kita sleepy dah ni.. sebelum kita tidur.. kita nak tunjuk muka kita yang hensem ni.. Kacak mcm Enda kita.. Hehe... Kalau sapa2 nak booking kita jadi menantu, boleh la booking sekarang. Hehe!


Ehhhh.. one more!

Kita ada tahi lalat kat dagu..

Kacak kan? Ok bai =D

p/s : Alhamdulillah.. semua dah selamat...terima kasih semua yg mendoakan! Maka bertambah lah anak2 buah ku. Tapi baru 2. hehe.. Lepas ni harap baby girl pulak lah. Amin! Diorang mmg panggil saya Enda instead of maksu/acu. Maksud dia sama jer. 

Baby On Board

Assalamualaikum..

Sekarang dah 1 pagi.. Aku still tak tidur lagi..

Aku resah dan simpati tgok keadaan kakak aku..
Menahan sakit utk melahirkan lagi satu umat Muhammad atas muka bumi ni..
Dah satu hari dia mcm tu, baring jer.. merengek and menagis.
Dulu anak pertama dia rilek jer, kali kedua ni.. susah pulak..

Sakit sangat ke nak bersalin ni?
Aku mana tau, kawen pun belum. Hee..
Tapi dari raut wajah dia aku dpt rasa mesti sakit gilassss
Bak kata akak aku.. "Senggugut tahap gaban, mcm pinggang nak tercabut"
*cuak*



Tadi mokde aku dtg, byk lah dia bagi nasihat + petua kat akak aku... Aku ni sebuk la kan, nak dgr jugak smpai lupa buat air. Last2 abang ipar aku pulak yg hidangkan air. *senonohnya betul anak dara mcm kau ni *

Ya Allah, terdetik dalam hati aku. besarnya pengorbanan seorang insan bernama ibu tu...
Dah di bawak nya 9 bulan, bukan ringan.. ibarat bawak batu bata kata akak aku.. Makin lama, makin berat. Dah tu bila nak bersalin tu bukan express jer... tapi sakit nak melahirkan tu.. Nauzubillah...

Terasa byk sgt salah aku dgn insan yg melahirkan aku. T__T

Kawan2, mohon doakan semuanya selamat. Semoga Allah permudahkan utk kakak aku nk melahirkan...


p/s : Nak siap2 pergi hospital. Nanti pape kita update. Doakan yer! Terima Kasih <3