Cinta Tak Dijemput

Assalamualaikum..


Hidup ni tak lari dengan kena buat pilihan. Selalu kita hanya di beri 2 pilihan. Yes or No? Tapi bagi orang mcm aku  ni, susah betul bila disuruh buat pilihan. Jawapan paling sopan aku ialah "Mana-manalah.. Tak kesah..."


Sopan kan? heee i know! Hehe

Pernah tak kena buat pilihan yang amat besar? Yang kalau kau jawab antara keduanya (Ya/Tidak) kau tahu ianya akan bagi effect teramat dalam hidup kau. Silap2 sampai ke tua nt kau ingat... Hmmm... Macam mana nak jawab bila orang tanya kau.."Sudi tak awak jadi teman istimewa saya...?" Jeng!Jeng!Jeng!

Humphhhh T___T

Complicated kan hidup ni, bila kita dah TAK fikir yang kita perlukan seseorang... Bila kita dah TAK fikir pasal cinta2 ni... Bila kita dah fikir yang mungkin memang hidup kita ni, adalah kita seorang, Takkan ada cinta untuk kita. Kita dah TAK NAK cinta2 ni..

Masa tu lah dia datang. Sedangkan masa tu kita dah boleh go on dgn hidup kita yang #foreveralone nih. Dah tak mengharap akan ada cinta kat hati ni. Tuptup benda ni datang... Why now?

Sekarang apa nak jawab? Okey, situasinya si dia tu ialah orang yang rapat dgn kita. kawan kita.

Kalau jawab TAK


Malu
Mesti kita atau dia akan malu. Malu nak tegur sapa dah, malu nak borak2 macam dulu. Silap2 sampai taknak bertembung pun. Nampak jer lari. Mana taknya, bila nampak je mula la jantung berdegup laju. hee..

Rasa Bersalah
Aku rasa mesti kita yang reject ni akan rasa bersalah. Yela, bersalah la sebab tolak cinta dia mentah2 macam tu, sedangkan kita rapat kot dengan dia. Tp si dia pun mungkin akan rasa bersalah sbb kalau dia tak luahkan mungkin tak akan jadi mcm ni...

Rasa tercabar
Jangan tak sangka, lelaki tu mungkin akan rasa lebih tercabar sbb kena reject. Kalau dia tercabar, mungkin dia akan usaha lebih lagi utk dptkan kita.. dgn cara baik. Yang seram ni kalau dah tercabar, guna cara yang tak patut. Nauzubillah.

Merbahaya
Nak tau sebab apa aku cakap bahaya. Benda2 mcm ni dah tak boleh buat main2, zaman skrg ni.. sebab isteri tak masak pun suami boleh bunuh isteri dia tau. Sebaik2nya kalau menolak tu gunalah cara paling berhemah sekali. Jangan dok heboh cerita kat kengkawan yang kita reject dia. Malu la dia. Aib dia. Kalau dah jadi bnda tak di ingini.. Mcm mane? Contoh dah ade, simbah asid, bunuh, rogol.. Nauzubillah!



Kalau jawab Ya?

Terpaksa
Mungkin banyak bnde yang kita buat bersama adalah tak ikhlas. Terpaksa sebab nak jaga hati dia. Yelah, kita terima pun sebab kita taknak kecikkan hati dia. ye dak?

Keadaan bertambah buruk
Setahun ada 365 hari, setiap hari ada 24 jam, sejam ada 60 minit, seminit ada 60 saat. Mampukah setiap sel didalam tubuh memendam rasa setiap saat untuk 365 hari semata-mata menjaga hati si dia sedangkan hati sendiri menjerit-jerit dan meronta-ronta nak putus? Kau terima dia, lepas tu mintak putus.. Kan lagi kejam tu?


Begitulah hidup kita. Tak sentiasa indah. Sentiasa muhasabah diri, Wanita baik untuk lelaki yang baik, Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Perbaiki diri kita..Itu yang terbaik, bila kita dah bersihkan diri dari dosa.. InsyAllah..rezeki, jodoh mudah jer untuk kita. Mudah-mudahan.




Buat seseorang yang cintanya di tolak

Cinta tidak boleh dipaksa. Buat anda yang cintanya ditolak, jangan berduka cita. Realitinya, percintaan adalah satu perjuangan memiliki sekeping hati. Dalam perjuangan pasti ada dua keadaan yang ditemui iaitu berjaya atau kecewa.
Anda berjuang untuk meluahkan hasrat hati untuk memiliki seseorang sebagai kekasih tetapi ditolak. Sebagai seorang pejuang, anda tidak boleh berasa kecewa dengan sikap si dia kerana cinta tidak boleh dipaksa. Ternyata dia hanya menganggap anda sebagai hanya kawan. Ini hakikat yang anda harus fahami dan yakini, sebab itu jangan menyesal atau terkilan jika cinta anda ditolak.
Anggaplah hubungan itu sebagai jalinan persaudaraan yang tidak akan putus.-link


P/S : Act, entry ni xde kena mengena dengan hidup aku skrg. Just nak sharing.  Apa pendapat korang?  

Thanks sudi bace!

12 comments:

  1. setuju sangat, susah nak tolak dan susah nak terima :)

    ReplyDelete
  2. hehehe...pernah alami situasi mcm tu.konpius mahu jawab YA or TAK. sebab dia adalah kawan baek maka jawapannya adalah YA tapi cinta dalam terpaksa mmg tak akan kekal lama.bertahan beberapa bulan je.

    ReplyDelete
  3. @aisyah ismail
    dua2 susah kan? hurm.. kena buat istikarah ni. hehe

    ReplyDelete
  4. @naziyatul fatihah

    so awk jwb YA? Bkn semua org leh bercinta dgn bestfrens dia. hehe..

    ReplyDelete
  5. dedek, orang tgh mengalami yang situasi YA. setahun lebih mencube tau. sekarang dah end of story. xleh paksa diri la, dear :( terpaksa tolak jugak demi family :(( dun be like me, okay

    ReplyDelete
  6. yeke takde kaitan. kalo tak takkan boleh di post. ape2 pon semoga membuat pilihan yg baik di mase akan datang okay. hehe.
    semoga ade kebaikan pada si dia tuh nt. ^^
    insyaAllah~

    ReplyDelete
  7. @Zana Zingaa.

    really? homai T__T sedihnya.. and kt tau, kekek pun xnk jd mcm tu.. be strong...nt ade la jodoh yg ssuai nt.. amin!

    ReplyDelete
  8. @:: saya huzaifah ::

    betul la xde kene ngena, just nak share jer.. hehe.. awok ni...hehe

    ReplyDelete
  9. huhu susah sgt2 bile nk kena bg jawapn yes or no...bile hati kite dah memang tak mo cinta2 neh...lagi susah bile ade org tak fham perasaan kita n push2 suh bg jawpan tuh serta merta tanpa bg masa utk berfikir....lagi susah bile dah bg jawapan pun tak faham bhasa jugk...stil nk ganggu...aish...mcm2 manusia la kt dunia neh....tolong lah fham hati kite2 yg perempuan neh....nice entry myza!

    ReplyDelete
  10. sure ke xde kena mengena??

    ReplyDelete
  11. fikir la yang terbaik.... kalau ade jodoh tak kemana kan.. lagi pun masa masih panjang lagi... have fun..

    ReplyDelete